Terlalu lama aku tak mengarang...seorang sahabat yang istimewa,yang kembali semula dlm kehidupan aku..memberi dorongan utk aku menulis di blog ini..
Suatu masa dulu aku rajin menulis puisi..tapi sejak arwah mak dah takda..aku jadi malas untuk menulis puisi..bg aku setelah pemergian arwah sebahagian dr diri aku di bawa bersama...klu aku menulis puisi airmata lebih byk menitis drpd coretan yg ku tulis..tulisan aku terhenti dek kesedihan yg amat sangat..
Banyak kekesalan dalam kehidupan yang kita tak dapat luahkan..ia bagai mengikat diri dr meneruskan kehidupan dengan penuh kegembiraan..waktu itu kita lupa tentang nikmat yang Allah berikan buat kita setiap detik kita bernafas..Kita lupa Dia telah beri kehidupan yng penuh bermakna dan berharga..yang gagal kita nikmati akibat kesedihan dan kemurungan yang amat sangat..Dan waktu itulah Allah beri kita satu lagi ujian..untuk menyedarkan kita bahawa kita tk boleh terus tenggelam dlm perasaan sendiri...Ramai lagi insan lain di sekeliling kita yang perlukan perhatian dan penghargaan dr kita..yang perlukan belai kasih sayang yang tk terhingga...yang perlukan kehidupan yang ceria dan bermakna..
Terimakasih Allah..walaupun ujian itu yg terbesar dalam 40 tahun kehidupanku..tapi ujian itulah yang menyedarkan aku dan memberi kekuatan serta semangat utk aku meneruskan kehidupan di dunia yg fana ini.. Terima kasih kepada suami dan anak2 tersayang kerana sabar dgn keadaan ku..memberi sokongan yang tak terhingga..menghadapi saat2 sukar dgn redha..memahami dan sentiasa prihatin terhadap aku......Terima kasih pd keluarga dan sahabat yang memberi semangat dan dorongan..Allah telah menghantar kalian untuk memenuhi kebahagiaan buat insan ini...Terima kasih..