CINTA..TERLALU KLISE CERITANYA
ADA CINTA..PANDANG PERTAMA
ADA CINTA..SEHATI SEJIWA
ADA CINTA..DUNIA SAHAJA
ADA CINTA..AGAMA SEMATA
ADA CINTA..KEDUA-DUANYA
ADA CINTA BUTA..TAK KISAH APA
ADA CINTA HAMPA..MENANGIS LARA
ADA CINTA GILA..TAK KERUAN JADINYA
ADA CINTA MONYET..TERUS HANYUT ENTAH KE MANA...
CINTA..ADA PADA SEMUA
CINTA PADA YANG MAHA SEGALANYA
CINTA PADA RASUL KEKASIHNYA
CINTA SESAMA MANUSIA
CINTA ANTARA ADAM DAN HAWA
CINTA KEPADA IBU DAN BAPA
CINTA KEPADA KELUARGA DAN SAHABAT
CINTA KEPADA ILMU DAN AGAMA
CINTA KEPADA HARTA DAN DUNIA
CINTA KEPADA...ENTAH APA-APA
AHHH...POKOKNYA..SEMUA ORANG ADA CINTA
CINTA..ADA KUASANYA..
KUASA CINTA PADA PENCIPTANYA
...MEMBAWA KE SYURGA
KUASA CINTA PADA RASULNYA
...MEMBAWA KETENANGAN DI JIWA
KUASA CINTA PADA MANUSIA
...ADA PRO DAN KONTRANYA
KUASA CINTA PADA HARTA-BENDA
...SELALUNYA MEMBUAT KITA ALPA
KUASA CINTA PADA SEKITARNYA
...AKAN DAMAILAH DUNIA
CINTA...BANYAK EPISODNYA...
EPISOD..GEMBIRA DAN BAHAGIA
EPISOD..DUKA DAN NESTAPA
EPISOD..NODA DAN CELA
EPISOD..HAMPA DAN TERLUKA
EPISOD..SEJATI DAN MULIA
CINTA...CINTA...CINTA...
BOLEH BUAT KITA KETAWA
BOLEH BUAT KITA BAHAGIA
BOLEH BUAT KITA MERANA
BOLEH BUAT KITA CERIA
BOLEH BUAT KITA TERNODA
BOLEH BUAT KITA MENITISKAN AIRMATA
BOLEH BUAT KITA GILA
BOLEH BUAT KITA SETIA
BOLEH BUAT KITA TERLUKA
BOLEH BUAT KITA LAKUKAN APA SAJA...
AHHH..PENANGAN CINTA
CINTA...SELALU BUAT KITA LUPA...
LUPA PADA..YANG MENCIPTA CINTA
LUPA PADA..YANG MENCIPTA KITA
LUPA PADA..YANG MENCIPTA DUNIA
KERANA TANPA YANG MAHA PENCIPTA...
TIADALAH CINTA...TIADALAH KITA...
TIADALAH DUNIA YANG DIPENUHI...CINTA...
NUKILAN RASA
TINA RAHMAN
9.46AM
SELASA..14/6/2011
Tina Rahman
Monday, 13 June 2011
Sunday, 12 June 2011
SINOPSIS DIRI...
DALAM SEDAR...KU TERLENA
DALAM JAGA...KU TERLEKA
DALAM BAHAGIA...KU DERITA
DALAM KETAWA...KU KECEWA
TAPI...AKU LUPA...
DALAM LENAKU...ADA MIMPI YANG INDAH
DALAM LEKAKU...ADA KEIMANAN YANG TAK BERNOKTAH
DALAM DERITAKU...ADA HIKMAH YANG TERSERLAH
DALAM KECEWAKU...ADA BAHAGIA YANG TERCURAH
DALAM SEGALA KEMELUT YANG MELANDA...
AKU YAKIN...DENGAN HIKMAHMU
AKU YAKIN...DENGAN NIKMATMU
AKU SABAR...DENGAN UJIANMU
AKU REDHA...DENGAN KETENTUANMU
KERANA...
AKU PASRAH DENGAN TAKDIRMU...
BUATKU...
SIAPALAH AKU..YA ALLAH..
UNTUK MEMPERTIKAIKAN RENCANAMU
BUAT SETIAP HAMBANYA...
KERANA ITU..AKU HARUS BERMUHASABAH DIRI..
KERNA DALAM BENAR...ADA SILAPNYA..
DALAM SILAP...ADA JALAN MENUJU KEBENARANNYA..
DAN..SEHINGGA KINI
AKU MASIH MENCARI JALAN KEREDHAANMU
DALAM MENGENAL JATI DIRI...
YANG TIDAK MENJANJIKAN SESUATU YANG PASTI....
DALAM MENITI SETIAP DETIK WAKTU
DI DUNIA YANG FANA INI...

Monday, 23 May 2011
Sajak; Siapalah aku tanpamu...guru
Sajak ini saya cipta untuk anak ke 3 saya Amyra Hidayatul Ikma...dia akan membacanya pd hari guru di sekolah agama...
Siapalah aku tanpamu...
Yang mengajarku awal bicara A,I,U
Yang mengajarku awal mengira 1,2,3
Yang mengajarku awal kalamullah A,BA,TA
Siapalah aku tanpamu...
Yang memerlukan didikanmu
Yang membutuhkan bimbinganmu
Yang menginginkan ilmu...darimu
Siapalah aku tanpamu...
Yang kau hulurkan tangan
Waktu ku jatuh...
Yang menghapuskan air mata
Bila ku menangis...
Yang membantuku
Bila ku keliru...
Siapalah aku tanpamu...
Yang tanpa rasa bosan
Mencurahkan ilmu...
Yang tanpa rasa ragu
Membimbing anak bangsamu...
Yang tanpa rasa penat
Mengalirkan keringat jerih...perihmu
Siapalah aku tanpamu...
Guru yang ku sanjungi
Dahulu,kini dan selamanya...
Kerna tanpamu
Aku akan kehilangan punca
Aku akan gelap gelita
Mencari arah tuju...
Dalam...kehidupanku
Terima kasih...guru
Kerana jasa dan baktimu
Aku menjadi manusia berilmu...
InsyaAllah...suatu hari nanti
Aku akan mengikut jejak langkahmu
Membimbing...anak bangsaku
Sesungguhnya.....guru
Tanpamu......siapalah aku
SAJAK NUKILAN
TINA RAHMAN
20/5/2011
Siapalah aku tanpamu...
Yang mengajarku awal bicara A,I,U
Yang mengajarku awal mengira 1,2,3
Yang mengajarku awal kalamullah A,BA,TA
Siapalah aku tanpamu...
Yang memerlukan didikanmu
Yang membutuhkan bimbinganmu
Yang menginginkan ilmu...darimu
Siapalah aku tanpamu...
Yang kau hulurkan tangan
Waktu ku jatuh...
Yang menghapuskan air mata
Bila ku menangis...
Yang membantuku
Bila ku keliru...
Siapalah aku tanpamu...
Yang tanpa rasa bosan
Mencurahkan ilmu...
Yang tanpa rasa ragu
Membimbing anak bangsamu...
Yang tanpa rasa penat
Mengalirkan keringat jerih...perihmu
Siapalah aku tanpamu...
Guru yang ku sanjungi
Dahulu,kini dan selamanya...
Kerna tanpamu
Aku akan kehilangan punca
Aku akan gelap gelita
Mencari arah tuju...
Dalam...kehidupanku
Terima kasih...guru
Kerana jasa dan baktimu
Aku menjadi manusia berilmu...
InsyaAllah...suatu hari nanti
Aku akan mengikut jejak langkahmu
Membimbing...anak bangsaku
Sesungguhnya.....guru
Tanpamu......siapalah aku
SAJAK NUKILAN
TINA RAHMAN
20/5/2011
Wednesday, 2 March 2011
Kehidupan
Terlalu lama aku tak mengarang...seorang sahabat yang istimewa,yang kembali semula dlm kehidupan aku..memberi dorongan utk aku menulis di blog ini..
Suatu masa dulu aku rajin menulis puisi..tapi sejak arwah mak dah takda..aku jadi malas untuk menulis puisi..bg aku setelah pemergian arwah sebahagian dr diri aku di bawa bersama...klu aku menulis puisi airmata lebih byk menitis drpd coretan yg ku tulis..tulisan aku terhenti dek kesedihan yg amat sangat..
Banyak kekesalan dalam kehidupan yang kita tak dapat luahkan..ia bagai mengikat diri dr meneruskan kehidupan dengan penuh kegembiraan..waktu itu kita lupa tentang nikmat yang Allah berikan buat kita setiap detik kita bernafas..Kita lupa Dia telah beri kehidupan yng penuh bermakna dan berharga..yang gagal kita nikmati akibat kesedihan dan kemurungan yang amat sangat..Dan waktu itulah Allah beri kita satu lagi ujian..untuk menyedarkan kita bahawa kita tk boleh terus tenggelam dlm perasaan sendiri...Ramai lagi insan lain di sekeliling kita yang perlukan perhatian dan penghargaan dr kita..yang perlukan belai kasih sayang yang tk terhingga...yang perlukan kehidupan yang ceria dan bermakna..
Terimakasih Allah..walaupun ujian itu yg terbesar dalam 40 tahun kehidupanku..tapi ujian itulah yang menyedarkan aku dan memberi kekuatan serta semangat utk aku meneruskan kehidupan di dunia yg fana ini.. Terima kasih kepada suami dan anak2 tersayang kerana sabar dgn keadaan ku..memberi sokongan yang tak terhingga..menghadapi saat2 sukar dgn redha..memahami dan sentiasa prihatin terhadap aku......Terima kasih pd keluarga dan sahabat yang memberi semangat dan dorongan..Allah telah menghantar kalian untuk memenuhi kebahagiaan buat insan ini...Terima kasih..

What a life...
Hidup memang penuh dengan dugaan dan ujian...tapi seorang sahabat berkata kita kena enjoy with our life..I will take her advice.
Subscribe to:
Posts (Atom)